PROGRAM HARI KESIHATAN KOMUNITI

Aktiviti terkini | 6 Februari 2024

Tempat Aktiviti:
NADI Felda Kahang Barat

Nama VIP:
TIADA

Ringkasan Aktiviti:
• Program ini adalah kerjasama antara NADI Felda Kahang Barat bersama National Kidney Foundation (NKF) dan juga Jabatan Perangkaan Negeri Johor (DOSM).
• Hebahan program telah dibuat melalui laman sosial NADI, FB Komuniti Felda Kahang Barat dan juga melalui ketua-ketua komuniti.
• Program ini dianjurkan bagi memberi kesedaran tentang kesedaran penjagaan kesihatan serta memberi kemudahan kepada komuniti untuk membuat pendaftaran PADU.
• Antara aktiviti yang turut diadakan ialah taklimat dan kuiz ‘Jangan kena scam’

Tujuan:
• Tujuan program ini adalah memberi kesedaran tentang penjagaan kesihatan.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti:
• Majlis bermula pada jam 9.30 pagi – 5.00 Petang.
• Program dijalankan sehari dengan pelbagai aktiviti disediakan kepada pengunjung, antaranya pemeriksaan kesihatan, pendaftaran PADU serta aktiviti klik dengan bijak.
• Peserta yang hadir perlu mendaftar terlebih dahulu dan petugas akan menunjukkan ruang menunggu untuk perkhidmatan yang mereka perlukan.
• Setiap peserta akan diberikan taklimat ringkas serta ‘brosur’ berkenaan ‘Jangan kena scam’

Kelebihan:
• Menarik pengunjung ke NADI serta meningkatkan jumlah keahlian NADI Felda Kahang Barat.
• Menyampaikan mesej ‘jangan jadi mangsa scam’ kepada setiap pengunjung yang hadir.
• Memberi kesedaran mengenai kepentingan penjagaan kesihatan.
• Memberi kemudahan kepada warga emas serta yang kurang upaya membuat pendaftaran PADU.

Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:





Kembali ke halaman utama