PROGRAM PADU @ PEDI DAN ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK (KDB)

Aktiviti terkini | 29 - 30 Januari 2024

Tempat Aktiviti:
PEDi Felda Kahang Barat

Nama VIP:
TIADA

Ringkasan Aktiviti:
• Program 2 hari ini adalah untuk menggalakkan dan memudahkan komuniti mendaftar pangkalan data utama (PADU) disamping menyampaikan maklumat ‘Jangan kena scam’.
• Hebahan dibuat melalui media sosial PEDi dan juga melalui ketua-ketua komuniti di Felda Kahang Barat.
• Program ini adalah kolaborasi di antara DOSM Negeri Johor dan juga PEDi Felda Kahang Barat.

Tujuan:
• Tujuan program ini adalah memberi kemudahan kepada komuniti untuk membuat pendaftaran PADU disamping menyampaikan mesej berkenaan dengan jenayah scam yang semakin berleluasa terutama di kalangan warga emas.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti:
• Program bermula pada jam 10.00 pagi – 3.00 Petang.
• Program dijalankan selama 2 hari.
• Peserta yang hadir perlu membuat pendaftaran dan menunggu giliran untuk pendaftaran PADU bersama pegawai DOSM yang bertugas.
• Peserta yang menunggu giliran untuk mendaftar PADU diberikan taklimat ringkas berkenaan waspada terhadap jenayah scam oleh petugas PEDi serta tayangan video KDB.

Kelebihan:
• Menarik kedatangan pengunjung ke PEDi disamping dapat menyampaikan maklumat ‘Klik dengan Bijak’ kepada komuniti terutamanya warga emas.

Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:





Kembali ke halaman utama