BASIC ICT : MENYEDIAKAN MUKA HADAPAN LAPORAN
Aktiviti terkini | 16 Ogos 2024Tempat Aktiviti:
NADI Felda Kahang Barat
Nama VIP:
TIADA
Ringkasan Aktiviti:
• Peserta mendengar penerangan daripada petugas NADI mengenai contoh muka hadapan laporan yang baik dan elemen-elemen yang perlu di letakkan di muka hadapan laporan.
• Mengenalpasti tajuk laporan dan mendapatkan logo yang sesuai untuk diletakkan di muka hadapan laporan.
• Peserta membuka MS word dan memulakan latihan mengikut tutorial yang telah diberikan.
• Peserta menunjukkan hasil kerja kepada petugas NADI untuk penilaian.
Tujuan:
• Menghasilkan muka hadapan laporan dengan rekaan yang kemas dan profesional.
Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti:
• Menggunakan aplikasi canva untuk mengubahsuai logo.
Kelebihan:
• Memberi kefahaman kepada peserta mengenai kepentingan menyediakan muka hadapan laporan dengan betul. Muka hadapan yang direka dengan baik memastikan laporan kelihatan teratur, profesional dan mudah diakses oleh pembaca.
Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:

