BENGKEL ATAS TALIAN (EKELAS MAXIS)

Aktiviti terkini | 19 September 2024

Tempat Aktiviti:
NADI Felda Kahang Barat

Nama VIP:
TIADA

Ringkasan Aktiviti:
• Program ini adalah pembelajaran atas talian yang disediakan oleh pihak maxis.
• Hebahan program telah dibuat melalui laman sosial NADI, FB Komuniti Felda Kahang Barat dan juga melalui ketua-ketua komuniti.
• Program ini dianjurkan bagi memperkenalkan kepada pelajar pembelajaran interaktif yang boleh dijalankan di atas talian di mana-mana tempat yang selesa kepada pelajar, dengan syarat mereka mempunyai peranti dan sambungan internet.
• Antara aktiviti yang turut diadakan ialah taklimat pengenalan dan pembelajaran ringkas membuat poster.

Tujuan:
• Tujuan program ini adalah menarik minat pelajar untuk menyertai pembelajaran atas talian di mana ia memberi kemudahan untuk diakses di mana-mana sahaja mengikut keselesaan mereka.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti:
• Majlis bermula pada jam 10.00 pagi – 12 tengahari.
• Pelajar log masuk ke platform pembelajaran pada waktu yang telah ditetapkan.
• Pengajar akan mengadakan sesi kuliah, tutorial, atau perbincangan secara langsung.
• Pelajar diberi peluang bertanya soalan melalui suara atau di ruangan chat.
• Pengajar menilai hasil kerja para pelajar sebelum sesi berakhir.

Kelebihan:
• Menarik pengunjung ke NADI serta meningkatkan jumlah keahlian NADI Felda Kahang Barat.
• Memberi kemudahan kepada pelajar yang kurang berkemampuan terutamanya golongan B40 mendapatkan bimbingan untuk mata pelajaran yang terpilih.

Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:





Kembali ke halaman utama