Mengenai NADI
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
NADI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap NADI menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan NADI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif NADI
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Felda Kahang Barat mula diteroka dan dibangunkan pada tahun 1973 dan mula menempatkan peneroka pada november 1978. Rancangan ini menempatkan seramai 418 buah keluarga peneroka serta 30 keluarga lain yang terdiri daripada kakitangan Felda, kakitangan Felda Technoplant, kakitangan klinik kesihatan serta guru-guru sekolah kebangasaan dan sekolah agama Felda Kahang Barat. Daripada 418 buah keluarga peneroka di rancangan ini, 415 buah keluarga berketurunan melayu dan 3 keluarga india.
Luas keseluruhan kawasan penempatan Felda Kahang Barat ialah 1,582.7 hektar dan kawasan ladang kelapa sawit pula 1,682.6 hektar, manakala lain-lain kawasan meliputi 1,800.3 hektar. Kegiatan sosioekonomi utama di sini ialah perladangan di mana jenis tanaman adalah kelapa sawit, namun terdapat juga aktiviti sosiekonomi lain seperti perniagaan, industri desa, perternakan kecil-kecilan dan pengangkutan. Majoriti penduduk yang menetap di Felda Kahang Barat adalah kaum melayu yang dianggarkan berjumlah 2,552 orang penduduk.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2024BENGKEL ATAS TALIAN (EKELAS MAXIS) 
Aktiviti Terkini | 19 September 2024
Tujuan program ini adalah menarik minat pelajar untuk menyertai pembelajaran atas talian di mana ia memberi kemudahan untuk diakses di mana-mana sahaja mengikut keselesaan mereka..........................baca selanjutnya
BASIC ICT : MENYEDIAKAN MUKA HADAPAN LAPORAN
Aktiviti Terkini | 16 Ogos 2024Menghasilkan muka hadapan laporan dengan rekaan yang kemas dan profesional.........................baca selanjutnya
BASIC ICT : GOOGLE MAPS
Aktiviti Terkini | 8 Julai 2024Mendapatkan jarak perjalanan dari suatu tempat ke sesuatu tempat bagi memudahkan pengguna merancang masa perjalanan........................baca selanjutnya
BASIC ICT : ‘VIDEO EDITING’
Aktiviti Terkini | 22 Jun 2024Menghasilkan video dengan konten yang lebih profesional, menarik serta sesuai dengan tujuan dan golongan sasaran.......................baca selanjutnya
SOFT SKILL : PAPER PLATE CRAFT
Aktiviti Terkini | 17 Mei 2024Menyerlahkan kreativiti peserta dalam menghasilkan kraftangan daripada pinggan kertas.. .....................baca selanjutnya
BASIC ICT : MEMBUAT JADUAL (MS WORD)
Aktiviti Terkini | 5 April 2024Peserta mempelajari cara merekabentuk jadual dalam MS Word mengikut keperluan serta menyesuaikan warna dan tataletak perkataan ataupun gambar supaya jadual itu menarik dan mudah difahami. .....................baca selanjutnya
BASIC ICT : LITERASI KOMPUTER
Aktiviti Terkini | 8 Mac 2024Dalam zaman digital masa kini, literasi komputer adalah penting untuk menavigasi dunia moden dengan berkesan. Memahami komputer dan teknologi membolehkan individu menggunakan alat-alat dan platform digital dengan mahir, selamat dan dapat meningkatkan produktiviti hidup mereka.....................baca selanjutnya
PROGRAM HARI KESIHATAN KOMUNITI
Aktiviti Terkini | 6 Februari 2024Tujuan program ini adalah memberi kesedaran tentang penjagaan kesihatan....................baca selanjutnya
PROGRAM PADU @ PEDI DAN ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK (KDB)
Aktiviti Terkini | 29 - 30 Januari 2024Tujuan program ini adalah memberi kemudahan kepada komuniti untuk membuat pendaftaran PADU disamping menyampaikan mesej berkenaan dengan jenayah scam yang semakin berleluasa terutama di kalangan warga emas...................baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya